AIR BERALKALI
Ramai yg tidak hiraukan apa yang mereka makan. Walau ada yang endah pun mungkin anda hanya makan buah & sayur seperti jenis vegetarian.
Tetapi anda juga masih makan makanan segera atau pun masih minum air berkarbonat setiap hari.
Pengamal diet pula terlalu berhati-hati dengan makanan berkarbohidrat……
Berita buruknya setiap apa yang kita makan akan ditukar kepada sisa organic yang berasid dalam badan.
1. Makanan terdiri daripada protin, lemak dan karbohidrat.
2. Protin, lemak dan karbohidrat terdiri daripada nitrogen, carbon, oxygen dan hydrogen.
3. Karbohidrat tidak mengandungi nitrogen
4. 97% daripada apa yang kita makan mengandungi 4 unsur tadi.
5. Baki 3% terdiri dari material bukan organic minerals ie: sulfur, chlorine, sodium, potassium, magnesium, calcium, iron, phosphorous, etc.
Terdapat beberapa kebaikan yang anda
boleh perolehi daripada minum air beralkali ini:
1. Air beralkali meneutralkan
kandungan asid berlebihan dalam badan
Kebanyakan
makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti
daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di
dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Walaupun asid
diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid
untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak
terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Oleh itu, air
beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu
berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
2. Air beralkali menyahkan sisa
toksin dari dalam badan.
Toksin
biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada
makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari
dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
Air beralkali
adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem
perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip
atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan
lebih berkesan menyahkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan
mengalami masalah kekurangan air
Molekul air
beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air
biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan
kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
Proses ini
dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi
air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan
kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis
dengan berkesan.
Dengan meminum
air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja
untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
4. Air beralkali adalah ejen
antioksidan yang unggul
Punca
kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing
yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi
lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan,
ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk
menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk
‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan
elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali
mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen
antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen
di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan
pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Walaupun
terdapat banyak pilihan untuk air minuman, namun air beralkali adalah pilihan
yang terbaik untuk kesihatan badan kita.Pilihan
terletak di tangan kita. Yang pasti, air beralkali sudah cukup untuk
memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.