Tekanan darah rendah ialah suatu keadaan dimana tekanan darah adalah lebih rendah daripada tekanan diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ badan tidak dapat mendapat aliran yang cukup.
Ia juga disebabkan oleh salah satu bacaan bahagian atas (sistolic) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diatolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.
Tekanan darah normal = 120 / 80 mmHg
Tekanan darah rendah = 90 / 60 mmHg
Simptom Tekanan Darah Rendah
- Mual
- Pucat
- Mengantuk
- Cepat haus
- Cepat lelah
- Pening kepala
- Sukar menumpukan perhatian
- Pernafasan cepat dan pendek
Punca Tekanan Darah Rendah
- Dehidrasi
- Kekurangan kandungan air dalam badan disebabkan oleh muntah yang teruk, cirit birit dan juga melakukan olahraga yang berat.
- Kehamilan
- Disebabkan oleh hormon kehamilan iaitu progestron merehatkan dinding salur darah.
- Pendarahan
- Pendarahan yang tidak terkawal disebabkan oleh kemalangan dan pembedahan.
- Masalah Jantung
- Denyutan jantung yang agak cepat ataupun terlalu lambat dan juga keadaan otot yang lemah.
- Masalah Hormon
- Tiroid begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia).
Kesan Tekanan Darah Rendah
Tips Mengatasi ketika mengalami Tekanan Darah Rendah
- Hindari dari melakukan kerja yang berat
- Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
- Amalkan minum lebih banyak air ketika cuaca panas ☀ dan selsema
- Amalkan tidur yang mencukupi dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti bagi mengelakkan tekanan darah turun secara mendadak selepas makan.
Makanan untuk Darah Rendah
- Kekacang ➡ boleh dicerna dengan perlahan oleh sistem pencernaan. Amalkan makan buncis, kacang merah dan kacang hijau.
- Air Mineral ➡ amalkan minum air putih lebih kurang 8-10 gelas sehari.
- Bayam ➡ sejenis sayuran yang mengandungi kalium dan rendah sodium. Folat yang terkandung dalam sayur bayam boleh membantu melancarkan peredaran darah.
- Daging Ayam ➡ mengandungi kandungan protein yang membantu meningkatkan tekanan darah.
- Roti, Havermut dan juga cereal ➡ makanan ini boleh memberikan paling kurang 20% zat besi dan zat besi boleh membantu terjadinya risiko darah rendah.
Untuk keterangan lanjut:-
Whatsapp atau sms - 019 5092885 (Cik Biena)
Facebook pages - Rahsia Gout
No comments:
Post a Comment