Wednesday, 4 March 2015

Acid Oh Acid..RISIKONYA???



APA ITU ACID DALAM BADAN MANUSIA??

  • Asidosis adalah keasidan dalam badan yang berlebihan. Ini bukanlah satu perkara yang kecil. 
  • Kebiasaannya paras pH tubuh yang sihat adalah antara 7.3-7.45. Sekiranya paras pH tubuh lebih rendah daripada itu, ini bermakna terdapat sisa asid yang memudaratkan terkandung dalam badan.

BERIKUT MERUPAKAN KESAN BURUK ASIDOSIS

1. Bakteria sihat dalam usus mati.
2. Sistem imunisasi badan mulai rosak.
3. Menyumbang kepada tumbesaran ketumbuhan atau kanser.
4. Bekalan darah ke organ-organ dan tisu badan berkurangan.
5. Tekanan terhadap buah pinggang bertambah, mengundang kepada kerosakan buah pinggang.
6. Paras oksigen dalam darah menurun.
7. Mengalami kesukaran menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

SELAIN ITU, TERDAPAT JUGA KESAN-KESAN YANG BOLEH DILIHAT SECARA FIZIKAL

1. Lemah atau tidak bermaya.
2. Suhu badan sering rendah.
3. Kerap mendapat jangkitan.
4. Resah gelisah dan depresi.
5. Sakit kepala yang kerap.
6. Mata berair,
7. Ulser mulut.
8. Kuku dan rambut yang rapuh.
9. Kulit kering.
10. Tubuh mudah kejang.
11. Kegatalan atau iritasi di kawasan-kawasan mudah berpeluh.


No comments:

Post a Comment