ANDA BELUM TAHU APA ITU KENCING MANIS??
BOLEH KE ENTRY DIBAWAH UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERKAITAN
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Sehingga hari ini masih belum ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.
Ketahuilah bahawa 1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap Kencing Manis setiap hari. Ini kerana, kita haruslah menjaga kesihatan bagi mengelakkan diri tergolong di antara 1 daripada 6 orang tersebut.
Akan tetapi, penyakit kencing manis ini boleh dikawal dengan cara berikut:-
- Pengubatan
- Jadikan bersenam sebagai rutin
- Penjagaan makanan dan berat badan
- Kurangkan lemak dan kalori yang seimbang dalam pemakanan
Cara diatas haruslah dikawal dengan betul bagi pesakit kencing manis dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Lebih kurang 40% pesakit kencing manis mampu mengawal keadaan penyakit yang mereka alami dengan menjaga pemakanan dan mengamalkan bersenam. Dan selebihnya adalah dengan pengambilan ubat/pil dan suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat.
Faktor utama penyebab penyakit kencing manis
- Faktor keturunan
- Kurangnya aktiviti bersukan
- Berat badan berlebihan/obesiti
- Kondisi tertentu pada wanita (wanita hamil)
- Corak pemakanan yang tinggi lemak dan gula
ADAKAH INI YANG ANDA MAHUKAN??
JIKA "TIDAK" SEGERALAH BERTINDAK
No comments:
Post a Comment