Sunday, 29 March 2015

CARA UNTUK MENGEMBALIKAN PH ASAL TUBUH BADAN KITA





AIR BERALKALI

Ramai yg tidak hiraukan apa yang mereka makan. Walau ada yang endah pun mungkin anda hanya makan buah & sayur seperti jenis vegetarian. 
Tetapi anda juga masih makan makanan segera atau pun masih minum air berkarbonat setiap hari. 
Pengamal diet pula terlalu berhati-hati dengan makanan berkarbohidrat……

Berita buruknya setiap apa yang kita makan akan ditukar kepada sisa organic yang berasid dalam badan.

1. Makanan terdiri daripada protin, lemak dan karbohidrat.

2. Protin, lemak dan karbohidrat terdiri daripada nitrogen, carbon, oxygen dan hydrogen.

3. Karbohidrat tidak mengandungi nitrogen

4. 97% daripada apa yang kita makan mengandungi 4 unsur tadi.

5. Baki 3% terdiri dari material bukan organic minerals ie: sulfur, chlorine, sodium, potassium, magnesium, calcium, iron, phosphorous, etc.






Terdapat beberapa kebaikan yang anda boleh perolehi daripada minum air beralkali ini:
1. Air beralkali meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan

Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
2. Air beralkali menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan menyahkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
4. Air beralkali adalah ejen antioksidan yang unggul

Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Walaupun terdapat banyak pilihan untuk air minuman, namun air beralkali adalah pilihan yang terbaik untuk kesihatan badan kita.Pilihan terletak di tangan kita. Yang pasti, air beralkali sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.

Tujuh panduan HEBAT yang perlu di amalkan untuk 
pesakit GOUT


1) Kekalkan hidrasi

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.


2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3) Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan.Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout.

Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan.
Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti.

4) Makan secara sihat

Makan dengan betul.Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout.Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat.
Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran.Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.



5) Mengekalkan berat badan

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan.Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan.

Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi.Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang.

6) Rehat

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.
Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.




7) Halia
Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus.
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan.
Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.



Wednesday, 4 March 2015

Bahagian Badan Yang Mudah Terkena GOUT

Masalah sakit gout merupakan salah satu penyakit yang menjadi semakin kerap dirawat oleh doctor-doktor di Malaysia. 

Penyakit ini berpunca daripada mendapan unsur asid urik di antara tisu-tisu badan seperti otot dan sendi.


Serangan sakit gout biasanya datang dengan tiba-tiba dan menjadikan sendi-sendi tertentu bengkak dan merah kesakitan sehingga mangsa tersebut langsung tidak boleh berdiri atau jalan. 







Sakit gout ini akan menjadi semakin ketara dalam masa beberapa jam dan bengkak tersebut hanya akan hilang selepas beberapa hari atau lebih daripada satu minggu.

Lebih daripada 70% kes serangan sakit gout bermula di sendi ibu jari kaki. Tempat serangan yang kedua adalah buku lali diikuti dengan sendi lutut. Walau bagaimana pun, terdapat juga kes-kes di mana serangan pertama dirasai di sendi-sendi lain seperti gelang dan jari-jari tangan.

Acid Oh Acid..RISIKONYA???



APA ITU ACID DALAM BADAN MANUSIA??

  • Asidosis adalah keasidan dalam badan yang berlebihan. Ini bukanlah satu perkara yang kecil. 
  • Kebiasaannya paras pH tubuh yang sihat adalah antara 7.3-7.45. Sekiranya paras pH tubuh lebih rendah daripada itu, ini bermakna terdapat sisa asid yang memudaratkan terkandung dalam badan.

BERIKUT MERUPAKAN KESAN BURUK ASIDOSIS

1. Bakteria sihat dalam usus mati.
2. Sistem imunisasi badan mulai rosak.
3. Menyumbang kepada tumbesaran ketumbuhan atau kanser.
4. Bekalan darah ke organ-organ dan tisu badan berkurangan.
5. Tekanan terhadap buah pinggang bertambah, mengundang kepada kerosakan buah pinggang.
6. Paras oksigen dalam darah menurun.
7. Mengalami kesukaran menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

SELAIN ITU, TERDAPAT JUGA KESAN-KESAN YANG BOLEH DILIHAT SECARA FIZIKAL

1. Lemah atau tidak bermaya.
2. Suhu badan sering rendah.
3. Kerap mendapat jangkitan.
4. Resah gelisah dan depresi.
5. Sakit kepala yang kerap.
6. Mata berair,
7. Ulser mulut.
8. Kuku dan rambut yang rapuh.
9. Kulit kering.
10. Tubuh mudah kejang.
11. Kegatalan atau iritasi di kawasan-kawasan mudah berpeluh.