Thursday, 29 January 2015

MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN OLEH PESAKIT GOUT






Perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit gout.
  • KEKAPIS (KERANGAN)
Perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6 auns sehari. Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.
  • DAGING MERAH
Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.
  • AYAM BELANDA
Ayam Belanda dan angsa mengandungi kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi, ELAKKANNYA! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan paling selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.
  • MINUMAN MANIS
Elakkan meminum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.
  • HERRING
ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk dimakan oleh anda.
  • BIR
Bagi penghidap GOUT, anda akan menghadapi dua kali ganda masalah. Ini kerana, bukan meningkatkan paras asid urik, malah menyukarkan sistem perkumuhan menyingkirkannya dari tubuh.
  • ASPARAGUS
Asparagus, bunga kubis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.
  • HATI
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.

Semoga dengan mengurangkan atau mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat mengurangkan atau mengawal masalah sakit gout yang dihadapi. Selain itu teruskan mengamalkan ubat penyakit gout yang sesuai samada secara moden atau ubat tradisional penyakit gout .


DISEDIAKAN,
BIENA AZIZ

Wednesday, 28 January 2015

PERINGKAT UMUR BAGI PENYAKIT GOUT



FAKTOR RISIKO

> Jantina
  Biasanya orang lelaki berisiko mendapat gout pada kadar   90% peringkat umur 30-50 keatas
  Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang dari   keluarga yang ada masalah gout(faktor  genetik)

> Gaya Hidup
  Gout biasanya mudah terjadi kepada Individu yang kerap   minum minuman keras terutama BIR dikatakan lebih   berisiko mendapat gout

> Obesiti
  Terjadi kepada individu yang mempunyai berat badan   melebihi 66 kilogram daripada berat badan normal.

> Penyakit
  Keadaan kesihatan dan ubat, sesetengah penyakit seperti   tekanan darah tinggi yang tidak terkawal ,diabetes,hiperdislipidemia (paras lemak dan kolestrol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.


IKHLAS,
BIENA AZIZ

PERINGKAT TERJADINYA GOUT







  • Peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpasebarang gejala.
  • Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. 
  • Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. 
  • Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
  • Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi.
  • Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.


DISEDIAKAN,
BIENA AZIZ



APA ITU GOUT???




Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.


Penyakit Gout adalah penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.



Ikhlas,

Biena Aziz